~ LaMBaiaN HuDa ~

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”

Salam.

Ngeri jerk dgn title nie.. tp ni la hakikatnya..
1st time interview ni mmg sgt2 tension.. mmg serba xkene hidup sehingga selesai urusan ni..
lupa nak ckp.. interview dimane.. hehe..
Sy dpt interview di Astr, Bukit Jalil.. utk jwtn Officer, Payments Section (Commercial Services: Financial)..

Memandangkan sy ni xtau jln n kene ada disana dlm kul 1 lbh.. so awal2 lgk dh buat temujanji dgn syg2 sy dia cyber... n plan bukak puasa sekali dgn diorg... lamanya xjumpa syg2 ku hana, yana n fasha.. dd is missing..


Dr PD gerak g cyber dlm kul 9 pg and smpi kat cyber kul 10pg.. lepak2 sembang2 citcat citcat dgn diorg apa semua.. pastu siap2 g astro... be4 tu kene g Seri Kembangan amik yana.. Yana jer yg tau jln.. mmg serba xkene hidup be4 smpi situ.. xtenang.. mcm2 perasaan.. mcm ni la agaknya org2 yg g interview utk 1st time.. hehe.. Kami smpi dlm kul 1.30... so lapor diri kat security.. then masuk la.. masuk2 tu lgk la perasaan xterkata.. anak gajah dok lari2 dlm perut.. ahaha.. muka dh pucat.. hehe.. tidaakkkk..


Akhir kak anis dtg jemput kat luar utk bwh sy msk kedlm... besarnya tmpt nie. artis bersepah2 dlm tu... masa tu mmg xde mood nak tgk diorg.. dlm kepala hanya pikir nak interview n cpt kuar dr situ.. hehe.. sabar jerk la..


Alhamdulillah interview berjln dgn lancar.. kuar dr situ br la muka kembali ceria.. hehe..
Hana, Yana n Fasha dok tersengih2 tgk sy dgn muka gitu.. ahaha.. sian sy..

Be4 blk kampus, anta Yana blk umah dia kat SK dlu, mula2 plan nak berbuka sesama tp Yana kene teman mama dia so xleh la rezeki utk berbuka dgn Yana... Yana aku rindu kat ko....

Singgah di Bazar Putrajaya utk membeli juadah berbuka... masa smpi situ br kul 4 dan mmg makanan meriah xterkata smpi rambang mata... Hana n Fasha dh putih mata tgk makanan, sy pulak xtahu nak beli apa.. huhu berpusing2 disitu 4 5 kali gak tp xjumpa makanan yg berkenan dihati huhu... last beli nasi ayam n kuih jerk.. hehe.. Fasha n Hana borong kuih muih yg byk( larat ke korang nak abiskan?? ). Berbuka bertiga pun meriah.. pas mkn semua kenyang mcm ular sawa daaa...

baru pas berbuka dpt jemputan utk bersahur pulak.. huhu mampu ke sy nak mkn lgk??
En badruz nak pulang ke alor staq utk berhari raya, so teman

bad ke LCCT dgn aishah, mansur n hana.. alang2 disitu terus bersahur.. huhu xde pilihan makanan.. yg ada hanya KFC??? layan jerk la walaupun tekak kurang menerima....
lps siap2 anta bad, blk kmps dlm kul 7.30pg.... huhu.. sy kene g keje ari ni sbb xminta cuti pun.. so mcm mane??? mcm tu la.... sesmpi hostel mmg terus tido la.. ngantuk tu.. ye la mlm td tido kul 12 pastu kul 3 pg dh bgn utk ke LCCT.. mane nak cukup tido.. nak drive blk Seremban pun xlarat, mata xleh bukak dh nie.. huhu tido la smpi kul 9... hehe.. siap2 anta report semua dh kul 2 ptg.. terus shoot ke MINES utk amik cik izz n cik nisa yg tgh shopping raya.. huhu ingat nak smpi ofis awal tp smpi ofis kul 4.35.. lg 10 minit dh leh blk hehe.. semua perasan sy missing diwaktu pg tp waktu blk muncul pulak.. hehe.. layan jerk la.. yg penting kad telah dipunch dgn selamatnya.. hehe.... cukup la story setakat nie.. dh kepenatan nie.. rasa nak pengsan jerk.. huhu..

-HuDa-

Salam..

Memandang report intern kene submit on or be4 25th September 2009..
dan kebetulan masa tu cuti raya lak n sure2 xde mood nak g anta report..
jd terpaksa la rajinkn diri utk siapkn report by wednesday nie.. hehe..
mujur la bahan2 semua dh siap ada.. just kene betulkn yg mane patut...
yg jd masalahnya JOB LOG.. huhu dh pening nak wat benda tu.. lecturer ckp kene wat by daily.. masalahnya keje sy ni kalu sekali bg kene 1 2 mgg... so sy buat la by weekly leh kurang idea nak perah otak hehe.. mujur report sempat disiapkn ari selasa.. bg En Wan sign apa semua.. settle.. yahoooo merdeka... pejam celik pejam celik dh 15 mgg sy intern dia TNB Seremban.. lg 3 mgg utk tamatkn sesi intern dgn rasminya.. hehe... ari rabu sy cuti.. cuti utk apa.. kte tgg dan lihat. hehe

-HuDa-

Salam.
Hari ni hari Jadi seseorg...
Teringat kenangan dlu smbt hari jadi "dia" dgn kakak2 dia..
Kali ke-3 besday "dia" jatuh pada bulan puasa...
speechless... anyway..
Happy Birthday to u..
hope ur dream come true.. Ameen
-HuDa-

sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupan
musahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam...
yana, me, syeda, mira, ayin, nadia n hafiz

rindu saat nie. berkelah di ulu yam.

p/s sgt merindui sahabat lama sy.. Nadia, syida, mira, bojot, reza, shah n gg..
turut dirindui yana, hana, fasha n didie...

-HuDa-


Seorang gadis itu
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
Lentur hati.... telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,
Di matanya cahaya, dalamnya ada air,
Sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
Ceritera hidupnya...

Seorang gadis itu...
Bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
Tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka dan laranya... bijaksana ia,
Menyimpan ilmu, si teman bicara,
Dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah...

Seorang gadis itu...
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,
Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya Allah memuji..
Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah... kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi kesayangan cucunda Baginda... Bisa dia segagah
Nailah,
Dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya khalifah rebah,
Syahid menyahut panggilan Allah..
-HuDa-

Salam..

10 malam terakhir dlm bln Ramadan yg harus dicari dan dihargai.. sayu je dgr ceramah ustaz pas solat terawih semlm.. rasanye layak ke sy utk 1 mlm yg tidak pasti bila akan ALLAH.S.W.T akan turunkn Lailatul Qadar..

sedikit artikel utk dikongsi bersama2..

Lailatul Qadar tanda manusia dikasihi Allah

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ? (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.? ? (Hadis riwayat Muslim )

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud: ?Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.? (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad.

Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan .

Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: ?Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.? ? (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama seribu bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu.

Usia baginda dan umatnya adalah pendek.

Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad saw. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: ?Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.?

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.


-HuDa-

Menuju Kesempurnaan IBADAH PUASA

Imam Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniah puasa itu, antara lain seperti berikut :

* Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada
segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang
boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah S.W.T.


* Memelihara lidah daripada bercakap- cakap yang kosong, bohong, mengumpat,
membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusushan dan mengucapkan kata-kata ria'.


* Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci,
sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah,
Allah S.W.T telah menyamakan pendengran kepada sesuatu semacam itu dengan
memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang
bermaksud : " Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memalan
yang haram." ( Surah Al-Maidah:42)


* Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada dos, dan
memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.


* Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan
yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah S.W.T daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Kelebihan Bulan Ramadan

bulan Ramadan adalah bulan
yg sangat tinggi darjat
dan besar martabatnya di
sisi Allah S.W.T dan Rasul-
Nya,ia juga penghulu segala
bulan. Di antara kelebihan
dan keistimewaan bulan
Ramadan itu Allah S.W.T
telah menurunkan kitab suci-
Nya ( Al-Quran) yang menjadi
petunjuk pada manusia.
Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:

"( Masa yang diwajibkan
kamu berpuasa itu ialah)
bulan Ramadan yang padanya
diturunkan kitab sucinya (Al-
Quran) yang menjadi petunjuk
bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan
petunjuk, dan (menjelaskan)
perbezaan yang benar
dengan yang salah." Surah
Al - Baqarah : 185.

Dipilih di antara malam-
malam bulan Ramadan itu
suatu malam Lailatulqadar
yang mana ia jauh lebih baik
daripada seribu bulan. Seribu
bulan itu kira-kira 83 tahun.
Menurut ulama, Lailatulqadar
itu jatuh pada salah satu
malam sepuluh yg terakhir
daripada bulan Ramadan.
Jangan disia-siakan malam-
malam di bulan Ramadan
dengan perkara-perkara tidak
berfaeda, bahkan hendaklah
diisi dengan amal ibadat
sebagai saham dan bekalan
di dunia dan akhirat.
-HuDa-

What's love?

When you are together with that special someone,
you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around,
you might look around to find them.
At that moment, you are in love.

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

Although that special someone was supposed to have called you long back,
to let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

When you find yourself as one
who cannot erase all the emails or SMS messages in your phone
because of one message
from that special someone,
you are in love.

When you get a couple of free movie tickets,
you would not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

You keep telling yourself,
"that special someone is just a friend",
but you realize that you can not avoid that person's special attraction.
At that moment, you are in love.

While you are reading this,
if someone appears in your mind,
then u are in love with that person...;))


p/s: mum n dad, i love u so much. .thanks for everything

-HuDa-

Salam..
Tarikh yg xmungkin wujud kembali..
kalu thn depan dh jd 09.09.10... xcumel..
Tahniah kepada sape2 yg mengakhiri zaman bujang pd tarikh ni
dan kepada pasangan2 suami isteri yg dpt anak pada tarikh nie.
salah sorang kakak kepada sahabat sy , dpt anak lelaki pada tarikh nie..
waaa tahniah kepas semua...
-HuDa-

Salam..
Jauh perjalanan utk berbuka ari nie..
Ikan Bakar Serkam, Melaka...
Meriah2..
Seblum blk ke Seremban singgah di MBMB...
waaaa lama x g melaka.. rindu pada org2 di melaka..
byk gak perubahan di sekitar Melaka..
Next time kalu g lgk , kene melaka 1 melaka blk..
hehe..
P/s: terima kasih kepada mereka2 yg sudi anta sy blk ke PD.. Jasa kalian amat dihargai..
-HuDa-

Salam...

Dh nak raya??vmcm xpercaya jerk.. rasa br 1 2 hari puasa, tp ni dh masuk ari ke-16..

mak dh tertny2 bila nak buat kuih nie.. hehe.. sengih jerk la..

mula pakat dgn rahimah utk buat kuih sama2.. mmg setipa thn kalu buat kuih berdua... buat byk2 then bahagi dua... utk family sy dan family dia.. tp venue tahun ni bertukar.. hehe.. seblum2 ni buat kat umah sy, tp thn ni buat kat umah dia.. tukar angin sikit..

ari sabtu kuar la berdua utk shopping brg2 keperluan utk buat kuih.. hehe meriah rasanya.. raya2...

mula2 ingat nak buat pas berbuka tp pikir blk sok cuti kan.. so leh la buat pas terawih.... mlm nie tido umah rahimah.. tido ke??? tidakk... start buat kuih kul 12mlm smpi ke la kul 5pg.. terus2 sahur kat umah dia then blk umah kul 6pg.. penat2.... walaupun penat tp meriah sbb jalil dok menghiburkn kteorg... mentang2 xskolah sok, so leh la dia kacau2 kterog.. hehe.. mcm2 dia wat smpi naik pening kepala.. ahaha.. ada vidoe lucu yg adikku sornag tu buat.. akan diupload kelak.. hehe.. best2.. TART NENAS yg sgt2 sedap.. nyum2

-HuDa-

Salam...

Akhir2 ni dilanda kerinduan yg amat pada seseorg yg dh xwujud lgk dan pada seseorg yg masih wujud... Yes I miss my grandma badly.. bila ingat tok wan rasa sayu jerk.. walaupun penah jumpa dia sekali jerk tp rasa mcm bahagia sgt.... tok wan dok india dgn pak long, so masa umur 8 thn br g jumpa dia, masa tu xmengerti sgt kan, kecik lgk.. tp bila dh besar ni teringat blk kat dia rasa lemah longlai bdn.. dh 15thn tok wan meninggal.. cepatnya masa berlalu.. the best ever grandma that i had.. moga Allah s.w.t mencucuri rahmat keatasNya.. AL- Fatihah..

Yg lg sorang nie susah nak ckp.. dh sethn "hilang"... tiba2 muncul dan menampakkn perubahan yg sgt2 diharap dlu.. tp dh terlewatkn.. byk memori yg tersimpan dan sukar diluahkn.. hanya YANA( kwn baik) saja mengetahui cerita dr A-Z... thanks na.. sayang ko smpi bila2...

-HuDa-




Salam...


hari yg dinanti2 akhirnya tiba.. hehe..



tertgg hari nie, sbb dpt jumpa kwn2 yg jumpa kat penang ari tu... exspecially kak mawarni.. hehe..

janji dgn cousin2 sekalian nak gerak kul 3ptg... tp kak ct semangat kul 2.30 dh smpi umah sy.. sy pulak br pas solat n nak pakai tudung..

pas siap g amik rahimah kat umah dia pulak.. ok.. set dh leh gerak ke KL... oppps lupa lak nak kene amik Faten kat S'ban... isk isk.. dh la jem teruk pastu tunggu minah tu punya lama... kalu xtgg dia dh leh smpi sg besi rasanya..

kat2 kul 4 br la kuar dr s'ban.. huhu..

singgah pulak UPM utk amik Habibah.. ahahaha punya kusyuk dok sembang smpi terlepas tol UPM tu.. terpaksa la ikut jalan bukit jalil n patah blk ke UPM..

nak g jalan yap kwan seng ni bukannya tau jln pun.. main belasah jerk.. Akhirnya berjaya gak smpi kat tmpt dituju dgn selamat.. hehe...

Unforgetable memory.. best2.. xdpt digambarkan suasana happening tu..

bertolak blk dr situ dlm kul 9 lebih.. smpi umah kat2 pukul 11 gak.. mcm2 cerita lucu berlaku sepanjang perjalanan dr KL - PD.. yg jd mangsanya adalah sy.. sabar jerk la..

-HuDa-

Salam...
semgg nie ada mgg yg paling bz sejak start praktikal kat sini..
pegi Audit OT di stesen Tampin , Gemas dan Rembau...
hari2 yg cukup memenatkan....
macam2 kerenah dgn kerani yg jaga OT n Punch Card nie.. mujur la tahap kesabaran sgt2 tinggi..
-HuDa-


Salam..

Happy Birthday Shah Aziela Binti Nasir and Fahmitha Hayati..
Shah 23 tahun

Fahmitha 14 thn

-HuDa-

Salam...

Suspen jerk bunyi nama hospital nie..
hehe.. sebenarnya ari ni on leave sbb nak bwk ayah g hospital..
ayah ada appointment mata kat Klinik Pakar...
Seblum gerak dr umah dh pesan awal2 kat ayah, sila pakai MASK..
hospital kan bahaya sikit.. tp ayah mcm biasa la xnak pakai.. rimas katanya.. aisss sabar jerk la..
tp ayah terpaksa pakai bila guard kat klinik pakar tu suruh ayah pakai then br leh masuk.. sian ayah..... dr kul 7.30pg smpi la 12.3-tghari kat situ.. mmg mati kutu smpi xtau nak wat pe... ayah pun dh mula bosan... dh kehulu ke hilir.. sian dia.. ayah sy ni jenis xreti duk diam, so bila jd gini mula la wat muka xbest.. sistem angka giliran kat sini xikut susanan, sbb diorg panggil base on masalah mata.. so kalu dpt angka giliran no1 pun still blk tghari gak.. huhu.. sian tgk org2 yg berumur tergg lama2... diorg mcm xselesa jerk.. tp terpaksa la tgg... nak wat camne..

rupa2nya mata ayah ok jerk... Doktor yg check dlu salah nilai... dia ingat mata ayah dh ada bunga sekitar anak mata sbb tu mata jd kabur... tp sebenarnya tu ada habuk2 yg masuk mata kte hari2.. so Doktor just titikkn ubat utk bersihkan habuk.. mujur xde pape.. risau gak masa awal2 dlu.. ingat kene operate ke apa ke.. al-maklum la ayah dh berumur so risiko tinggi kalu wat operation.. huhu.. alhamdulillah semua selamat... yahooo...

Blk umah dgn hati yg gumbira... ayah pun nmpk gumbira jek.. seronok tgk ayah mcm tu.. sayang ayah..

-HuDa-

Salam..

Selamat Hari Jadi kepada Farooq(23) n Rauhil (2).

Rauhil adalah anak buah sy... huhu malangnya xde gmbr dia dlm simpanan... last jumpa dia masa dia lahir.. maknanya dh 2 thn gak xblk kampung.. huhu rindu pada kampung..

Farooq adalah cousin jauh sy.. Gmbr dia nie pun ada sekeping jerk... En farooq welcome to the club... awak dh tua gak...

Farooq yg berbaju putih tu..
Farooq janji nak belanja makan KFC.. dh sethn sy tgg.. xbelanja2 gak.. AHAHA
-HuDa-

Salam....

memandangkan ari Isnin ni ( 17 Ogos 2009) supervisor dr MMU nak dtg sini, maka dgn terpaksa rajinkn diri kemas kini report , job log n buat powerpoint. yg akan dtg visit sy adalah Madam Thai... Masa sembang dlm tepon, dia dh interview mcm2... so xde la rasa risau sgt.. dia pun kata xyah prepare byk2.. sy pun buat la powerpoint 10 slide jerk, 9 slide pasal TNB n 1 jerk pasal job description sy... buat dlm point form, malas nak huraikn kat slide. lebih selesa huraikn kat dpn madam nnt...

Lepas selesai urusan nie.. apa lgk buat la urusan2 sepatutnya.. weekend jerk ada masa nak kemas umah... mujur kat umah hanya sy, mak n ayah jerk, so xde la kelam kabut umah sy dan mudah dikemas.. hehe..

Time utk bumbum... sok keje.. hehe

-HuDa-

Salam...

Mgg ni tiba2 bz tahap max pulak.. dgn nak wat preparation utk lecturer yg nak dtg visit tmbh lgk dgn audit SEM di TNB.. masa nie staff TNB crk bdk2 praktikal... ahaha... Be4 ni En Wan( Supervisor sy) penah kata, 2 mgg terakhir bln ogos masing2 akan bz n br nak wat keje utk rekod sethn.. tu la sape suruh wat keje last minit... Mujur En Wan dh siap2 keje dia awal2 so xde dia bz2 sgt.. yg lain tu la kelam kabut buat macam2 keje... xmenang tgn la diorg nie.. huhuhu abis kami jd mangsa.. masa ni la mcm2 diorg nak wat.. Isnin (17/8) dh start audit.. maka kene la siapkn semua yg patut by friday... xpenah tgk org kat ofis ni wat keje bersungguh2.. tiba2 mg nie nmpk mereka sgt2 bersungguh wat keje smpi breakfast n lunch xde masa nak kuar...

Kesian kat Nisa n Nurul ari2 blk lmbt, sbb bos diorg xsiapkn Slide presentation lgk , so diorg kene la bos diorg siapkn slide tu... bos sy sgt rajin2, awal2 dh prepare n tgg masa nak present jerk..

Ari Khamis n Jumaat sy n iz kene tlg En Elmi buatkn labeling suiz2 kat 1 bangunan TNB nie.. penat2.. abis setiap level kat TNB ni diexplore.. ahaha.. dh la setiap level tu beribu2 suiz.. mmg xmenang tgn la.. ari jumaat br la siap keje kteorg.. penat2 tp best sbb dh jumpa ramai org.. xkenal pun dh jd kenal.. hehe..


-HuDa-

Salam..

Hari ni ari AHAD...

apa ada dgn ari AHAD..

knp ari AHAD..

apa yg jd pada ari AHAD...

sape dtg ari AHAD...

Masak apa ari AHAD..

nape sy segan ari AHAD...

apa kesudahan ari AHAD..

persoalan di ari AHAD...

1st time ari AHAD yg panik...

hanya mereka2 yg tertentu tau dgn maksud ari AHAD...

AHAD oohhh AHAD oooohhh AHAD....

moga kesudahan ari AHAD nie mengembirakan.. AMEEN..

-HuDa-

Salam..



Hari keluarga TNB N9 di Kelab Kilat Port Dickson. 7-30pg - 4 ptg..

Kelab Kilat ni dkt dgn umah sy jerk.. 1 minit dr umah.. Kelab Kilat dlu time2 sekolah mmg famous sbb ni laluan utama masa blk sekolah.. huhu.. lama giler xjln2 kat situ.. akhir setelah sekian lama dpt la g sana.. ingat blk memory masa skolah.. waaa dh 5 thn rupanya dh meninggalkn alam persekolahan.. rasa br jerk lepas SPM, tp dh nak abis degree dh..



Berbalik kpd citer Hari Keluarga TNB yg dibuat 2 thn sekali.. so rezeki bdk2 praktikal la sbb dpt peluang join thn ni... RM83,000 telah diperuntukan utk program nie... Semua staff TNB dr N9 turun dgn family masing2...



gmbr akan diuplad kemudian.. internet dlm keadaan sgt2 kritikal.. ahaha



-HuDa-



Salam..

Sedih btul ari nie.. Langsir kat umah yg dihantar ke dobi utk dicuci telah hilang..
Mane xsedih, 1st langsir hasil tgn sendiri kot.. penat jahit langsir tu.. tup2 hilang..
Benggong jerk org dobi tu, xmengaku dia amik dobi tu.. tny punya tny pass sejam dok bertengkak kat situ br la ngaku kata ada cuci langsir tu tp dia xtau sape yg amik n anta kat mane.. BODOSSS jerk... bila minta ganti rugi xmo byr lak.. Mujur bos kedai dobi dtg lepas sembang2.. last bos tu kata dia akan byr ganti rugi.. sedap la sikit hati.. tp ada ke patut dia nak byr RM100??? gilos ke... kain tu dh la mahal n cantik.. masa beli tu kat RM400 kot... dia nak byr Rm100 jerk?? ingat murah ke kain tu... agak2 la.... Mujur ada org backup.. Bos kedai tu setuju ahkirnya.. tp dia suruh sy beli dlu pakai duit sy, then bg bill tu kat dia, dia byr lik...

Dh la ahad nie ada org nak dtg umah, umah lak xder langsir, buruk2... Apa lgk mak suruh g beli kain langsir tu ari nie gak.. Huh??? bila lak den nak jahit nie.. xde masa nie... terpaksa la pinjam langsir dr cousin kejap... sbb dh kesuntukan masa... Sian umah sy xde langsir... huhu....

Langsir dh beli tp xder kesempatan nak jahit lgk... akan diusahakan dlm masa terdekat nie..

-HuDa-

Salam..

hehe ni la aktiviti di ofis kalu masing2 xde keje.. hehe bos2 kami semua kuar meeting n confenrence..














-HuDa-

Salam..

Selamat bertugas kepada Gm br TNB N9 IR Tuan Haji Megat Jamaluddin Megat Hassan..
ari ni sesi suai kenal dgn GM baru... bdk2 training pun kene turut serta. huhu dh la kene dok depan sekali.. tidak2.. xleh elak dh.. be4 ni staff level 5 dh dgr isi2 yg dicakapkan oleh GM ari ni, nak wat camne kene dgr blk.. hehe.. semua muka kebosanan.. ahaha.. sian mereka kene ceramah pg2 buta tu..
GM baru ni pulak suka berckp.. so mmg pjg lebar la ceramah...
apa2 pun "SELAMAT DATANG"

-HuDa-

Salam...
H1N1?? tidakk... masalah nie makin rumit skrg...

Isnin pas blk keje, bdn dh xsedap n panas semacam jerk.... masa drive blk dr tmpt keje pun xlarat, biasanya dlm 30 minit dh leh smpi umah, nie kat2 sejam gak nak smpi umah.. bdn xsedap nak bwk kete pun xsedap sgt.. huhu..

smpi umah mak suruh g check up kat klinik.. g la dgn penuh debaran... huhu.. mmg sah demam.. oooohhh tidakkkkk.. so keje .. mcm mane nie.. dpt la MC sehari.,..

Sok pgnya demam makin teruk huhu... so terpaksa la g Klinik kerajaan.. kebetulan ayah lak ada oppoinment dgn doktor... dh xpasal2 kene ujian saringan H1N1, punya cuak masa tu smpi jurawat tu tegur "awat muka pucat lesi nie".. huhu xkuar kata2 masa tu... akhirnya xde tanda2 pun.. just demam panas biasa campur selsema n batuk... huhu.. mujur la.. dpt lgk MC utk 2 hari...

Maka duk la umah tanpa buat apa2 selama 2 hari.. bosan2 nak g keje la... hehe

-HuDa-

Salam..

Waaa.. ari ni ada org baru.. 1st GM baru lapor diri ari nie.. Tuan Haji Ir Megat Jamaluddin dr Perak.. GM lama dh masuk ke HQ di Petaling Jaya... GM Baru nie friendly n bercakap xberhenti.. huhu best gak la..

2nd ada 3 org budak praktikal baru dr Poli PD.. seorg dibahagian HR n 2 org lg dibahagian Kejuruteraan..

Selamat menjalankan tugas...

HuDa

Salam..
Happy Birthday Yana....
Semoga ceria2 selalu..
sorry la xdpt wish on the time, terawal sejam pulak..
sedihnya birthday ko kali ni xder dgn ko..
apa2 pun aku doakan yg terbaik utk ko..
semoga semua dugaan yg dtg ko dpt lalui dgn mudah.. Ameen..
Rindu n sayang ko.. muahxxx








-HuDa-

Salam..

Bersemperna dgn Isyrak Mikraj... Ahli jawatankuasa Masjid Jamek menjemput DR Sheik Muzaffar ke PD... best dgr ceramah dia.. tp dia bg la ceramah pasal israk mikraj.. dia berkongsi cerita pengalaman dia semasa diangkasa lepas dr mula proses pemilihan hingga la diselamat pulang ke m'sia.. paling kelakah cara dia mandi kat sana.. cumel sgt.. hehe














Salam....

Rindu pada Si Dia ni.. Noor Liana Azman...
Dh kat 2 bln xjumpa..
xpenah xjumpa dia lama2 mcm nie..
rasa pelik..
Na, aku rindu kat ko..
G cyber xsmpt nak jumpa ko.. uwaaaaa..
Miss u sayang :)



-HuDa-

Salam..

Happy Birthday Abang.. Semoga sukses selalu...

Teringat zaman kecik2 dlu... abg ku sorang nie mmg sgt2 penyayang smpi tiap2 hari berulang alik dr USM ke Pokok Sena utk melawat adik dia yg comel tu..

Abg- 46
adik- 23
beza separuh gitu... waaaaaaaaaaaa.. mcm xpercaya..


Abg ku yg bernama SEENI MOHAMED MASTHAN GHANI

-HuDa-

Salam...
Weekend yg best dicyber.. Sekitar aktiviti yg dijalankan sepjg di cyber..

Ist- G Pasar Malam Putrajaya dgn Fasha, Hana, Bad, Abg Hazimin, Hisyam n lg sorang xtau nama..
Hana dgn Spongebob

Muka org penuh kegembiraan



Terbang jgn xterbang

fasha n En Bob
Hana muka comel
2nd - g melawat org wall climbing di Shah Alam


Kami

kami lagi..
Raja Ahmad Fauzan
Badruz Nasrin...

Aniswarni...
3rd - 33rd BON ODORI 2009


dgn model kimono..
Cik Huda n Cik Hana Taro
Cik Hana n En Nasrin
4th - teman hana ke KLIA ( hana g anta "buah hati" ke Australia..
En Nasrin telah menghilangkn Token Parking KLIA
Token yg hilang akhirnya jumpa balik.. selamat2
En Nasrin n Cik Aniswarni

Cik Aniswarni n Cik Huda
-HuDa-

Salam...

xpenah2 check darah n tekanan darah selama nie..
alhamdulillah semua normal.. Darah- 4.9 n tekanan darah 111/76.
ahaha.. mak la yg terkejut tgk tekanan darah naik.. blk2 umah jerk mak terus ckp nak kene jaga makan..


-HuDa-

Salam,
Ni la hasilnya bila kami xder keje...
Kak fiza n kami... Abg ismail menyelit..

ramai2 pakat angkat nisa.. berjaya..

With En Roslan yg sporting...

layan jerk..
nice shot...
bila dilanda kebosanan

pocong dibelakang tu...
-HuDa-