~ LaMBaiaN HuDa ~

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”

Menuju Kesempurnaan IBADAH PUASA

Imam Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniah puasa itu, antara lain seperti berikut :

* Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada
segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang
boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah S.W.T.


* Memelihara lidah daripada bercakap- cakap yang kosong, bohong, mengumpat,
membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusushan dan mengucapkan kata-kata ria'.


* Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci,
sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah,
Allah S.W.T telah menyamakan pendengran kepada sesuatu semacam itu dengan
memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang
bermaksud : " Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memalan
yang haram." ( Surah Al-Maidah:42)


* Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada dos, dan
memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.


* Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan
yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah S.W.T daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

0 comments:


~ H u D a ~

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon daripadaMu kerahmatan yang dengannya aku boleh memperoleh pangkat kehormatanMu di dunia dan di akhirat.”

~ MaSa iTu eMaS ~

~ C a L e N D a R ~